Sumber Alam, Alternatif Terbaik

September 25th, 2008

Disini merupakan platform bagi anda semua mengenali dan mendalami perihal perubatan yang berasaskan tradisional. Perubatan tradisional merupakan rangkaian perubatan turun temurun sejak dahulu lagi. Tiada kesan sampingan kerana sumber berasaskan ciptaan asli daripada tumbuh-tumbuhan dan sangat berlainan dengan ubat-ubatan moden yang berasaskan bahan kimia sintetik di makmal yang mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Dengan adanya penerangan seperti ini, diharapkan para pembaca dapat mengetahui serba sedikit tentang tumbuhan disekeliling kita yang mungkin sebelum ini difikirkan tidak bermanfaat sebagai contoh pokok dukung anak yang tumbuh meliar dan menyemakkan laman rumah kebiasaannya. Perlu diingatkan perawatan dalam artikel ini bertujuan memberikan penerangan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan herba dan tidak semua boleh dipraktikkan tanpa pengalaman. Oleh itu, seelok-eloknya bertanya kepada orang yang biasa melakukan atau membuat ubat tradisional daripada melakukan sendirian. Diharap anda semua mendapat info yang bermanfaat daripada risalah-risalah ini nanti.

Selamat membaca.