Sumber Alam, Alternatif Terbaik

Disini merupakan platform bagi anda semua mengenali dan mendalami perihal perubatan yang berasaskan tradisional. Perubatan tradisional merupakan rangkaian perubatan turun temurun sejak dahulu kala lagi. Tiada kesan sampingan (jika kena gayanya) kerana sumber berasaskan ciptaan asli daripada tumbuh-tumbuhan dan sangat berlainan dengan ubat-ubatan moden yang berasaskan bahan kimia sintetik di makmal yang mempunyai kesan sampingan tersendiri.

Dengan adanya penerangan seperti ini, diharapkan para pembaca dapat mengetahui serba sedikit tentang tumbuhan disekeliling kita yang mungkin sebelum ini difikirkan tidak bermanfaat sebagai contoh pokok dukung anak yang tumbuh meliar dan menyemakkan laman rumah kebiasaannya. Perlu diingatkan perawatan dalam artikel ini bertujuan memberikan penerangan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan herba dan tidak semua boleh dipraktikkan tanpa pengalaman. Oleh itu, seelok-eloknya bertanya kepada orang yang biasa melakukan atau membuat ubat tradisional terlebih dahulu sebelum melakukan sendiri.

Laman ini mempunyai tujuan yang jelas, bagi memberikan sedikit daripada berjuta keterangan mengenai alam sekeliling kita. Agar anda dapat menghargai mereka (tumbuh-tumbuhan di sekeliling).

Laman ini tidak bertujuan untuk dijadikan pedoman, tetapi cukup untuk memberikan sedikit penjelasan tentang kebaikan-kebaikan tersebut. Sebarang masalah yang timbul akibat mempraktikkan apa yan tertulis di sini tidak akan dipertanggungjawabkan oleh pihak kami.

Diharap anda semua mendapat info yang bermanfaat daripada risalah-risalah ini nanti.

Selamat mencuba. Dengan pengawasan pakar. InsyaAllah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment